PETALING JAYA: LBS Bina Group Berhad (LBS atau Kumpulan), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, mengumumkan kejayaan cemerlang kempen Makan Angin Lokal Bersama LBS.
Kempen ini direka khas untuk memberi ganjaran kepada para pembeli yang berjaya melengkapkan perjanjian jual beli, memperoleh kelulusan pinjaman, serta memenuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Kempen yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2024 ini telah berjaya mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan bernilai RM537 juta.
Didorong oleh pembeli rumah pertama bagi projek di kawasan tumpuan orang ramai seperti Selangor (Cybersouth, Seri Kembangan, Puchong) dan Johor (Molek), pencapaian ini mencerminkan daya tarikan berterusan LBS serta komitmennya dalam menawarkan pembangunan yang menepati permintaan.
Kempen ini merangkumi sebanyak 19 projek di seluruh negara, termasuk pembangunan utama seperti KITA @ Cybersouth, D’Island Residence, Prestige Residence, Centrum Iris, Bayu Hills dan lain-lain membuktikan posisi kukuh LBS di pasaran hartanah.
Sebahagian daripada kempen ini, LBS dengan bangganya mengumumkan para pemenang hadiah utama, yang membawa pulang jumlah baucar hotel eksklusif yang bernilai RM250,000.
Baucar Istimewa ini boleh ditebus di hotel bertaraf tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang dan Johor yang merupakan pilihan yang ideal untuk percutian tempatan.
Majlis penyampaian hadiah kempen ini berlangsung sempena acara ‘Raya KITA Fest’ yang diadakan di galeri jualan LBS di KITA @ Cybersouth.

Majlis penuh warna-warni ini menyaksikan penyampaian hadiah secara rasmi, di mana, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim menyampaikan hadiah berupa cek replika kepada para pemenang bertuah.
“Kempen ini merupakan cara kami menzahirkan penghargaan kepada pelanggan dalam komuniti LBS. Sebagai pemaju yang berpegang teguh kepada nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan, kami amat berbangga dapat menyuntik keceriaan perayaan kepada pelanggan yang dihargai serta seluruh warga LBS,” katanya.
Inisiatif ini juga selaras dengan Strategi 8 x 8 untuk tiga tahun,dimana salah satu bidang tumpuan utama adalah memberi pengalaman pelanggan yang luar biasa dengan memastikan setiap interaksi bersifat peribadi, lancar dan penuh makna.
Sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan Malaysia dalam mempromosikan pelancongan tempatan, LBS bangga untuk turut serta dengan menawarkan penginapan di destinasi terkemuka sebagai hadiah utama kempen.
“Kami berharap ganjaran ini dapat menggalakkan pemilik rumah untuk meneroka keindahan warisan Malaysia, di samping menjadi tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan,” ujarnya.
Acara tersebut telah menarik kehadiran lebih daripada 200 tetamu, termasuk rakan kongsi LBS Perks & Plusses, pemenang kempen, bakal pembeli, serta ahli komuniti setempat.
Para tetamu meraikan hari raya dalam suasana meriah dan penuh kegembiraan, perpaduan. Turut diserikan lagi dengan konsert terbuka yang menampilkan artis tempatan seperti Naim Daniel, Iman Troye dan Zarul Umbrella, yang dibawakan khas oleh LBS.
Acara ini merupakan cerminan sebenar komitmen Kumpulan dalam mencipta pengalaman bermakna untuk dinikmati oleh orang ramai.
Tambahan, rakan strategik LBS iaitu EON, Watsons, HWC Coffee dan Coway juga turut serta memeriahkan acara melalui penyertaan gerai pameran interaktif dan aktiviti menarik yang berjaya menceriakan suasana acara.
Untuk maklumat terkini dan tawaran akan datang, sila layari www.lbs.com.my – UTUSAN