Kemeriahan Kalang Rengas dikembali

Kemeriahan Kalang Rengas dikembali

PENDUDUK tidak melepaskan peluang meneruskan tradisi berhari raya di tepi sungai di Kampung Gunung, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Gunung di sini, meriah dengan hampir 1,000 penduduk dan jemputan tidak melepaskan peluang meneruskan tradisi beraya di tepi sungai.

Pengerusi Kelab Belia Kampung Gunung, Mohd. Zulhafiz Zarriq Abd. Hadi berkata, menjadi tradisi di kampung berkenaan sejak hampir 10 tahun lalu menyambut hari raya di tepi sungai bagi mengembalikan nostalgia dan mengeratkan lagi muafakat penduduk.

“Dahulu, kawasan dikenali sebagai Kalang Rengas di tepi sungai ini cukup meriah dengan aktiviti harian penduduk kampung. Terdapat satu pengkalan kecil untuk aktiviti bertukar barang menggunakan perahu jalur dan perahu kajangan.

“Lokasi ini juga menjadi medan permainan tradisional seperti gasing dan aktiviti gotong-royong membuat laksa kebok. Kami generasi baharu ingin kembalikan semula nostalgia kemeriahan Kalang Rengas ini,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Raya Aidilfitri Kampung Gunung anjuran Kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Kelab Belia Kampung Gunung, di sini semalam.

Menurut Mohd. Zulhafiz Zarriq, sejak pembukaan Kalang Rengas sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) sekitar 2016, sambutan hari raya penduduk di tepi sungai menjadi tradisi dan diteruskan saban tahun.

Katanya, juadah seperti gulai daging kawah dan lemang disediakan secara gotong-royong dalam kalangan penduduk kampung tersebut semasa sambutan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN