Jangan runding dengan penceroboh tanah – NGO

Jangan runding dengan penceroboh tanah – NGO

ZUHAIRI Ab. Kadir (tengah) berhimpun bersama Sekretariat Gerakan NGO-NGO Anti Peneroka Tanah Haram Kebangsaan untuk menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri yang bertindak ke atas pekebun durian haram di Sungai Ruan, Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera ke atas penceroboh tanah haram di negeri ini dan tidak melayan sebarang tuntutan mereka.

Pengerusi Sekretariat Gerakan NGO-NGO Anti Peneroka Tanah Haram Kebangsaan, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, pendakwaan perlu dibuat segera bagi menghentikan konflik berterusan.

Beliau berkata, kerajaan ne­geri juga perlu mewujudkan Program Sifar Pencerobohan Tanah di seluruh negeri untuk memberi kesedaran kepada semua pihak agar tidak menceroboh tanah kerajaan.

Katanya, ia juga bagi membolehkan laporan dibuat sekiranya wujud aktiviti pembangunan tanah yang meragukan.

“Semua pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan jenayah pencerobohan hutan dan salah guna kuasa dapat dibendung sehingga ke akar umbi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Zuhairi turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan terdapat individu tertentu atau kakitangan pihak berkuasa sendiri terlibat rasuah dalam isu berkenaan.

“Bagaimana kegiatan itu boleh berlarutan dan merebak ke seluruh daerah sehingga berpuluh tahun?” soalnya.

Menurutnya, pergerakan itu menyokong tindakan tegas pihak kerajaan negeri memusnahkan kebun durian Musang King haram di Sungai Ruan dan Sungai Klau bermula 8 April lalu.

“Kami menyatakan sokongan kepada semua anggota penguat kuasa yang bertungkus-lumus melaksanakan arahan kerajaan Pahang. Ini bukan soal politik, tetapi soal mematuhi undang-undang.

“Kami berharap penguatkuasaan ini diteruskan agar Raub bersih daripada sebarang bentuk pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Aktiviti pencerobohan se­perti ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga memberi impak buruk kepada alam sekitar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN