Jalan mendap undang risiko keselamatan pengguna

Jalan mendap undang risiko keselamatan pengguna

KEADAAN jalan utama ke Felda Triang 1 di Bera, Pahang yang mendap dan mengancam keselamatan penduduk dan pengguna lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Penduduk Felda Triang 1 di sini, bimbang dengan keselamatan berikutan laluan utama digunakan mereka mendap dari tepi hingga ke tengah jalan di Kilometer (KM) 7.6 Jalan Triang 1, sejak kelmarin.

Ketua Peneroka Felda Triang 1, Zainudin Jamsari berkata, men­dapan tanah melibatkan ra­dius kerosakan lebih kurang li­ma meter berikutan hujan lebat tanpa henti selama satu jam.

“Hujan lebat tanpa henti me­nyebabkan air bertakung di kawasan berdekatan jalan itu dan dipercayai ini punca kepada men­dapan tanah ini. Setakat ini, jalan ini masih boleh dilalui tetapi hanya satu lorong sahaja yang dibuka kepada orang ramai,” katanya semalam.

Zainudin berkata, berdasarkan tinjauan di lokasi kejadian, sistem perparitan yang ada se­karang tidak dapat menampung aliran air semasa.

Katanya, penduduk menunggu arahan pihak berkaitan sama ada jalan itu boleh dilalui atau ditutup sepenuhnya.

“Jika ditutup, penduduk perlu menggunakan laluan Jalan Bera Selatan yang jaraknya lebih jauh untuk ke bandar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, mendapan tanah dipercayai berlaku akibat haki­san dan ketidakstabilan struktur tanah.

“Difahamkan, aduan telah di­buat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah untuk tindakan ke­selamatan pengguna jalan raya. Road Care (M) Sdn Bhd telah melakukan tindakan awal de­ngan me­masang barrier dan papan tan­da sebagai langkah keselamatan pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN