DUN Kelantan: PLSB di Sungai Golok siap dua tahun lebih awal

DUN Kelantan: PLSB di Sungai Golok siap dua tahun lebih awal

MOHD. Nassuruddin Daud semasa sesi penggulungan persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, Kelantan hari ini-IHSAN MOHD. NASSURUDDIN DAUD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memaklumkan kerja-kerja pembinaan projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Sungai Golok di sini akan siap dua tahun lebih awal iaitu 2028 berbanding jadual asal 2030.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kelulusan mempercepatkan kerja-kerja itu dibuat selepas beliau mengemukan permohonan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan Kerajaan Persekutuan telah pun bersetuju untuk meluluskan pembinaan benteng tersebut dengan seberapa segera.

“Kerja-kerja fizikal bagi projek tersebut akan dimulakan secara menyeluruh sekali gus dapat memendekkan tempoh tanpa perlu mengikut turutan fasa-fasa pembinaan,” katanya semasa sesi penggulungan persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, tindakan itu mempercepatkan langkah mitigasi banjir untuk rakyat di kawasan berisiko.

Katanya, kerajaan negeri amat menghargai sokongan Kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan kelulusan ini demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nassuruddin berkata, istilah Tanah Adat bagi Orang Asli di Semenanjung Malaysia tidak wujud.

“Apa yang dibangkitkan mengenai tanah adat masyarakat Orang Asli
di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ia sebenarnya tidak menjadi isu.

“Hal ini kerana tidak ada istilah Tanah Adat untuk orang asli sama ada dalam Kanun Tanah Negara 1965 mahupun Akta Orang Asli 1954. Tanah adat hanya wujud di Sabah dan Sarawak mengikut undang-undang di kedua-dua negeri itu,” ujarnya.

Mohd. Nassuruddin berkata,
Akta Orang Asli hanya menyebut berkenaan kawasan rayau Orang asli yang perlu diwartakan.

“Beberapa lokasi telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara seperti Kawasan Aring 5, Kampung Meranto, HSD dan beberapa lot warta Orang Asli di Lojing,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya