80 pelajar sakit kerana program makanan percuma Prabowo

80 pelajar sakit kerana program makanan percuma Prabowo

PELAJAR Sekolah Menengah Rendah PGRI 6 Bogor, Jawa Barat menikmati hidangan pada hari pertama program makanan percuma.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hampir 80 pelajar daripada dua sekolah menengah di Cianjur, selatan Jakarta, mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan di bawah Program Makanan Percuma, minggu ini.

Kebanyakan pelajar yang dimasukkan ke hospital sudah pun dibenarkan keluar.

Ini merupakan insiden terbaharu dalam beberapa kes keracunan makanan dikaitkan dengan program tersebut, yang merupakan dasar utama Presiden Prabowo Subianto.

Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu berkata, insiden itu disyaki berpunca daripada kecuaian penyedia makanan.

Sampel muntah pelajar dihantar untuk ujian makmal, dan polis memanggil beberapa individu, termasuk tukang masak, pembungkus dan penghantar makanan, untuk membantu siasatan.

Seorang pelajar berusia 16 tahun memberitahu media tempatan, ayam di dalam hidangan sudah mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Di seluruh dunia, program pemberian makanan percuma kepada pelajar terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kesihatan, prestasi akademik dan kehadiran ke sekolah.

Namun, inisiatif Indonesia yang dianggarkan bernilai AS$28 bilion (RM122 bilion) – antara yang termahal pernah dilaksanakan – kini menjadi sasaran kebimbangan mengenai keselamatan makanan serta protes besar-besaran terhadap kerajaan.

Februari lalu, ribuan orang turun ke jalanan untuk membantah pemotongan bajet, yang tertumpu kepada kos besar program makanan percuma Prabowo.

Program makanan percuma, menjadi tunjang utama kempen pilihan raya Prabowo tahun lalu, diperkenalkan sebagai usaha menangani masalah bantu, ekoran kekurangan zat makanan.

Sejak memegang jawatan Oktober lalu, program itu, termasuk dasar populis lain seperti pembinaan rumah baharu dan pemeriksaan kesihatan percuma, meningkatkan sokongan politik terhadapnya.

Dalam fasa pertama yang bermula Januari, makanan percuma disalurkan kepada 550,000 pelajar di 26 wilayah.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN