FLORIDA: Seorang wanita didakwa atas tuduhan penderaan haiwan selepas sengaja melemaskan anjing peliharaannya di tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando sebelum menaiki penerbangan. Tertuduh didakwa bertindak demikian selepas tidak dibenarkan membawa haiwan itu menaiki pesawat kerana masalah dokumentasi. Beliau yang berasal dari Kenner, Louisiana, ditahan di Lake County pada Rabu sebelum kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$5,000 (RM22,111). “Tindakan ini dilakukan dengan sengaja dan menyebabkan kematian kejam serta tidak wajar…










