BENTONG: Pengguna laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Karak-Gua Musang boleh menarik nafas lega apabila dua hentian rehat dan rawat (R&R) sementara yang dinanti-nantikan mula beroperasi bermula semalam. Kemudahan R&R Sementara Lebu (laluan Bentong ke Raub) dan R&R Sementara Mempaga (laluan Raub ke Bentong) memberi keselesaan kepada pengguna yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Seorang pengguna, Noraimi Zulkipli, 39, berkata,kewujudan hentian sementara tersebut memberikan…










