BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen semalam, dalam ujian awal terhadap kestabilan kerajaan pimpinannya selepas dua hari diasak bertubi-tubi oleh pembangkang. Paetongtarn, 38, yang merupakan perdana menteri termuda dalam sejarah Thailand, memperoleh sokongan 319 daripada 488 anggota Parlimen yang hadir. Usul undi percaya itu merupakan ujian pertama terhadap mandat Paetongtarn, lebih daripada tujuh bulan selepas beliau muncul di pentas politik sebagai pendatang baharu…