Hati-hati melalui 554 kawasan ‘maut’

Hati-hati melalui 554 kawasan ‘maut’

AYOB Khan Mydin Pitchay diberi penerangan operasi makmal siasatan jenayah (CSI) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Orang ramai yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri perlu berhati-hati semasa memandu terutama ketika melalui 554 lokasi ‘maut’ yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

Daripada jumlah itu, seba­nyak 432 lokasi panas (hotspot) dan 122 titik hitam (blackspot) di lebuh raya dan Jalan Persekutuan di seluruh negara dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri, bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seramai 6,957 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara dikerahkan bagi kawalan trafik sempena lebaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia membabitkan seramai 871 pegawai kanan dan 6,086 anggota manakala sebanyak 25 lokasi hotspot dan 46 blackspot dikenal pasti di lebuh raya utama.

“Selain itu, sebanyak 407 lokasi panas 76 lokasi blackspot dikenal pasti seluruh negara dan daerah melibatkan jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran dan lain-lain jalan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kerjasama Strategik Untuk Pendidikan dan Penyelidikan Dalam Bidang Sains Forensik antara PDRM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Ayob Khan berkata, pemantauan akan dibuat secara berte­rusan bagi memberi bantuan kepada pengguna jalan raya, sekiranya menghadapi masalah kerosakan kenderaan atau kecemasan.

ADS:D

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan juga diambil terhadap pengguna jalan raya yang ingkar melakukan kesalahan yang menjurus kepada kemalangan.

“PDRM menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang lalu lintas dan bersabar ketika memandu bagi menjamin keselamatan jalan raya.

“Pengguna jalan raya juga perlu memastikan kenderaan digunakan berada pada tahap yang terbaik dengan melakukan pemeriksaan fizikal terhadap kenderaan, selain pemandu juga dinasihatkan mendapatkan tidur yang cukup sebelum perjalanan,” katanya.

Sementara itu, di Kota Bharu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat menasihatkan perantau dari Lembah Klang yang pulang ke Kelantan sempena Aidilfitri tidak bergantung sepenuhnya kepada laluan Gua Musang-Kuala Krai berikutan kerja pembinaan jalan yang masih belum selesai.

Katanya, pengguna jalan raya perlu mempertimbangkan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan teruk.

“Nasihat saya kepada perantau, elakkan menggunakan laluan Gua Musang-Kuala Krai. Pilihlah laluan lain seperti Kuala Terengganu-Pasir Puteh atau Grik-Jeli kerana kerja-kerja pembinaan boleh menjejaskan kelancaran trafik,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN