Gerakan harap tiada agenda sembunyi dalam pembelian 30 pesawat Boeing

Gerakan harap tiada agenda sembunyi dalam pembelian 30 pesawat Boeing

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan pembelian sebanyak 30 buah pesawat jenis Boeing diharapkan merupakan sebagai strategi pemodenan jangka panjang buat Malaysia Airline.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara itu memang diharapkannya namun mempersoalkan sama ada pembelian tersebut satu keputusan yang munasabah.

Katanya, beliau bimbang keputusan berkenaan akan menyebabkan syarikat penerbangan itu mengalami satu lagi tekanan kewangan.

“Keputusan kerajaan menetapkan visi baru untuk pembangunan masa depan MAS adalah satu langkah tepat, namun ia harus disusuli dengan satu perancangan yang rapi supaya MAS tidak tersasar dari sasaran.

“Kewangan MAS sentiasa mengalami pasang surut pada masa lalu, harap kali ini ia boleh berjaya dengan mencatat keuntungan yang membanggakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Kumpulan Malaysia Airline menunjukkan prestasi yang baik pada tiga suku pertama 2024, tetapi faktor muatan penumpang penerbangan menurun secara mendadak sebanyak 18 peratus pada suku terakhir, dan kerugian yang dialami telah mengimbangi kesemua keuntungan sebelum ini.

Menurut Dominic Lau, keadaan tersebut mungkin akan menyebabkan prestasi tahunan kumpulan kurang membanggakan.

“Dalam keadaan sebegitu, Gerakan berharap pembelian pesawat Boeing oleh MAS menjurus kepada pembangunan masa depan dan tidak mempunyai agenda tersembunyi yang tidak mahu diketahui rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN