JAKARTA: Ribuan penduduk di ibu negara Indonesia terpaksa dipindahkan selepas banjir besar melanda wilayah itu sejak 3 Mac lalu, susulan hujan lebat berterusan, kata pihak berkuasa semalam. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), hujan lebat sejak Ahad menyebabkan beberapa kawasan di Jakarta dan sekitarnya ditenggelami air setinggi tiga meter, sekali gus menghalang laluan utama serta menenggelamkan lebih 1,000 kediaman dan kenderaan. Gabenor Jakarta, Pramono Anung menaikkan tahap amaran banjir kepada…










