MELAKA: Mangsa kemalangan yang maut dalam kejadian di Jalan Sungai Putat, Melaka Tengah di sini lewat malam kelmarin sempat membeli pelbagai kelengkapan rumah seperti almari dan rak sebagai persiapan menyambut Aidilfitri buat ibunya. Jamilah Kamaluddin, 48, berkata, anaknya itu, Muhammad Syabil Hamiki Mohamad Subar, 27, juga telah berjanji mahu membelikan sebuah meja untuk rumah mereka. “Dalam tempoh dua bulan ini, arwah sering membeli kelengkapan rumah. “Memang terdetik dalam hati saya…











