50 peratus ahli majlis muka baharu - Utusan Malaysia

50 peratus ahli majlis muka baharu

AFFENDI Rajini Kanth beramah mesra bersama peniaga semasa sesi ‘walkabout’ di bazar Ramadan Arau, Perlis semalam.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pelantikan ahli majlis di bawah Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dijangka melibatkan 50 peratus muka baharu yang proses lantikan akan dilaksana dalam masa terdekat.

Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam masa terdekat, seramai 10 orang akan dilantik disusuli selebihnya selepas itu apabila melalui proses-proses ditetapkan.

Katanya, pelantikan ahli majls secara keseluruhan melibatkan 24 orang termasuk beliau.

“Perkara berkaitan ahli majlis ini boleh kita anggap selesailah. Terdekat ini, kita lantik 10 orang dahulu dan selepas itu yang selebihnya.

“Terdapat 50 peratus muka baharu yang akan bergandingan dengan mereka sedia ada,” katanya ketika ditemui selepas sesi ‘walkabout’ di bazar Ramadan Arau semalam.

Tambah Affendi Rajini, beliau berharap ahli majlis ini dapat membantu MPK menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu berbangkit di kawasan masing-masing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN