UTTARAKHAND: Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan hilang selepas terperangkap dalam runtuhan salji di Uttarakhand berhampiran sempadan Himalaya-Tibet, India semalam. Pegawai Daerah Chamoli, Sandeep Tiwari berkata, sekurang-kurangnya 32 pekerja diselamatkan dan tiada mangsa terkorban turut dilaporkan. Ketua Polis negeri, Deepam Seth pula memaklumkan, angin kencang dan salji lebat menghalang operasi menyelamat. “Salji turun bersama angin kuat menyebabkan laluan terhalang sepenuhnya dan kami mengerahkan penyelamat untuk membuka jalan,” katanya kepada stesen penyiaran NDTV.…











