ZTE Corporation sumbang RM1 Juta kepada Dana Ihsan Madani

ZTE Corporation sumbang RM1 Juta kepada Dana Ihsan Madani

STEVEN Ge (kiri) menyerahkan cek cura untuk Dana Ihsan Madani kepada Aznur Hafeez Kaswuri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat integrasi maklumat dan teknologi komunikasi terkemuka, ZTE Corporation menyalurkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi meringankan beban kerajaan untuk membangunkan semula kawasan yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ZTE (Malaysia) Corporation, Steven Ge kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Aznur Hafeez Kaswuri bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Steven, sumbangan itu menggambarkan simpati ZTE Corporation kepada mereka yang terjejas akibat musibah banjir tersebut.

”Sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang telah lama bertapak di negara ini, kami sentiasa mahu dan akan terus berusaha untuk menyokong komuniti serta masyarakat di negara ketika mereka dalam keadaan memerlukan.

”Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa untuk kembali meneruskan kehidupan normal seperti sebelum ini,” katanya.

Majlis penyerahan cek dibuat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN