GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan kenaikan yuran keahlian sebanyak 20 peratus, bagi menampung sekurang-kurangnya separuh daripada bajet organisasi menjelang 2030. Ini selepas Amerika Syarikat (AS), selaku penderma terbesar badan kesihatan itu, sedang dalam proses untuk menarik diri daripada WHO. WHO menamatkan mesyuarat Lembaga Eksekutif yang berlangsung selama lapan hari di Geneva, dengan membincangkan kesan keputusan Presiden AS, Donald Trump pada 20 Januari lalu, untuk Washington menarik diri selama setahun…










