GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan program vaksinasi polio secara besar-besaran di Gaza akan disambung semula pada 22 Februari ini, menyasarkan hampir 600,000 kanak-kanak selepas virus itu kembali dikesan di wilayah berkenaan yang musnah akibat peperangan. Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, setakat ini tiada kes baharu dilaporkan selepas seorang bayi berusia 10 bulan di Gaza mengalami lumpuh akibat jangkitan polio pada Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, WHO memaklumkan…










