Utamakan pembekal tempatan dalam sektor perubatan

Utamakan pembekal tempatan dalam sektor perubatan

SIM TZE TZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan kerajaan mempertimbangkan penggunaan syarikat tempatan bagi mengurangkan beban pengurusan sistem kesihatan.

Ahli Jawatankuasa PAC, Sim Tze Tzin berkata, terdapat keperluan mengubah ekosistem di hospital kerajaan dan swasta selepas pelbagai aduan dibentangkan semasa sesi pendengaran awam.

Katanya, terdapat dua isu utama yang dibangkitkan sepanjang sesi berkenaan iaitu kenaikan harga insurans perubatan dan caj hospital swasta yang terlampau tinggi.

“Rakyat tidak berpuas hati dengan caj hospital swasta kerana wujud perbezaan ketara antara mereka yang memiliki Guarantee Letter (Surat Jaminan) dengan yang membayar caj sendiri.

“Setiap pengguna mempunyai pengalaman berbeza. Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mendedahkan bagi penyakit Pneumonia cajnya adalah tiga kali ganda, penyakit Denggi pula empat kali ganda perbezaan.

“Jadi, perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Pendengaran Awam PAC di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, semalam.

Tze Zin berkata, pihaknya turut memandang serius kesan terhadap sektor kesihatan awam apabila klinik dan hospital kerajaan menjadi sesak berikutan orang amai tidak lagi mampu ke hospital swasta.

“Ada juga pengguna yang terpaksa membatalkan langganan insurans perubatan berikutan berlaku kenaikan harga premium.

“Selain itu, banyak isu lain yang ditimbulkan seperti harga ubat-ubatan yang didakwa semakin naik. Jadi, kita perlukan sistem kesihatan yang baik kerana ia adalah hak asasi setiap manusia, dan mereka berhak” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN