UK sedia hantar tentera ke Ukraine jika diperlukan

UK sedia hantar tentera ke Ukraine jika diperlukan

PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelensky (kanan) dan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengadakan sidang akhbar bersama selepas pertemuan mereka di Kyiv, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer menyatakan kesediaan untuk mengerahkan tentera ke Ukraine sekiranya diperlukan bagi menjamin keselamatan Britain dan Eropah.

Beliau berkata, memastikan keamanan yang berkekalan di Ukraine adalah penting untuk menghalang Presiden Russia, Vladimir Putin daripada melakukan pencerobohan baharu.

Sebelum menghadiri sidang kemuncak tergempar dengan pemimpin Eropah di Paris pada Isnin, Starmer berkata, UK bersedia menyumbang jaminan keselamatan kepada Ukraine, termasuk menghantar anggota tentera sekiranya perlu.

“Saya tidak bercakap begitu sahaja. Saya sangat sedar akan tanggungjawab yang datang bersama keputusan untuk meletakkan anggota tentera Britain dalam bahaya.

“Namun, sebarang peranan dalam membantu menjamin keselamatan Ukraine juga bermakna menjamin keselamatan benua kita dan negara ini,” katanya dalam artikel diterbitkan di Daily Telegraph.

Starmer dijangka bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Washington hujung bulan ini, dengan menekankan bahawa UK mempunyai peranan penting dalam memastikan kerjasama erat antara Eropah dan Washington.

Beliau turut menyatakan kebimbangan mengenai sikap AS yang kini meneruskan rundingan damai dengan Russia tanpa penyertaan Ukraine dan negara Eropah.

Menurut laporan The Telegraph, Starmer menegaskan keamanan tidak boleh dicapai dengan sebarang harga dan Ukraine mesti menjadi sebahagian daripada rundingan itu.

Beliau menegaskan, pengecualian Kyiv seolah-olah menerima pendirian Putin bahawa Ukraine bukan sebuah negara yang sah.

“Kita tidak boleh membiarkan situasi lain seperti Afghanistan, di mana AS berunding secara langsung dengan Taliban dan mengetepikan kerajaan Afghanistan.

“Saya yakin Presiden Trump juga tidak mahu perkara ini berlaku,” kata Starmer.- BBC/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN