PETALING JAYA: Permintaan tinggi daripada pekerja asing di kawasan perindustrian membuka ruang kepada manipulasi pasaran sewa oleh segelintir penyewa rumah Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin meraih keuntungan berlipat ganda. Pensyarah Ekonomi dan Kewangan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Muhammad Najib Razali berkata, terdapat penyewa asal yang menyewakan rumah mereka secara haram kepada ramai penghuni dalam satu unit untuk memperoleh pendapatan lebih tinggi. Beliau berkata, ramai penyewa mengambil kesempatan kerana pendapatan yang rendah, harga barangan meningkat serta peluang mendapatkan keuntungan melalui penyewaan. “Segelintir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya