Pengerusi Veteran UMNO Kelantan meninggal dunia

Pengerusi Veteran UMNO Kelantan meninggal dunia

KAMARUDIN Abdullah meninggal dunia awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan kehilangan sebutir permata apabila Pengerusi Majlis Veteran UMNO negeri Datuk Kamaruddin Abdullah meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.50 pagi di rumahnya di Langgar di sini selepas menghidap penyakit kanser paru-paru.

Anak saudaranya Mohd. Syahbuddin Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas berkata, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian selepas solat asar.

“Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Akbar Salim berkata, seluruh kepimpinan dan keluarga besar UMNO Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga (keluarga) tabah dalam ujian ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya