Pembinaan Markas Wilayah Laut 4 di peringkat akhir

Pembinaan Markas Wilayah Laut 4 di peringkat akhir

MOHAMED KHALED Nordin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid dan surau sempena Ramadan di Dewan Semai Bakti, Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan (Mindef) berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan tapak bagi pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata projek tersebut merupakan projek yang penting dan beliau juga telah mengarahkan kementerian untuk menyegerakan proses berkenaan.

“Kita masih lagi sedang memuktamadkan dalam proses untuk memuktamadkan tapak. Kita anggap projek ini sebagai satu projek penting dan utama.

“Saya telahpun mengarahkan kementerian untuk menye­gerakan kerana markas wilayah laut timur diperlukan untuk kita menampung kapal-kapal kapal misi pesisir (LMS) yang dijangka siap dalam tahun 2027 akhir.

“Kita telah pun memesan untuk membuat perolehan memuktamadkan perolehan untuk tiga buah kapal LMS dari­pada Turki dijangka siap 2027 dan pangkalannya dijangka adalah di wilayah timur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid dan Surau sempena Ramadan, di Dewan Semai Bakti, Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, semalam.

Mohamed Khaled sebelum ini dilapor berkata kementerian dalam proses rundi­ngan dengan kerajaan negeri Sarawak berhubung harga ta­nah premium bagi pembinaan Mawilla 4.

Beliau berkata pembinaan pangkalan tambahan baharu TLDM itu antara isu yang dibin­cangkan bersama Premier Sa­rawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata projek MAWILLA 4 perlu dimulakan sekarang dan beliau juga telah mengarahkan kementeriannya supaya muktamadkan proses berkenaan de­ngan kerajaan Sarawak.

“Kita masih lagi di peringkat akhir hendak kenal pasti kese­suaian dan cabaran jika satu-satu tapak itu dipilih, dia ada masalah-masalah tertentu, tetapi kita memang perlu satu pangkalan laut di Sarawak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN