PEKAN: Nasib Tasik Mentiga di sini berkeluasan kira-kira 121 hektar yang kering dan terbiar mendapat perhatian pihak berwajib untuk memulihkannya sekali gus memberi khabar gembira buat penduduk sekitar terutama masyarakat Orang Asli etnik Jakun. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd. Sharim Md. Zin berkata, selain diangkat dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Pekan minggu depan, pihaknya sudah mengemukakan cadangan kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mendalamkan dan…










