Laman web monumen LGBTQ padam rujukan transgender

Laman web monumen LGBTQ padam rujukan transgender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump memadamkan rujukan kepada golongan transgender daripada laman web Monumen Nasional Stonewall di New York.

Di laman web Perkhidmatan Taman Negara, akronim LGBTQ+ dipendekkan kepada LGB, merujuk kepada lesbian, gay dan biseksual.

“Sebelum tahun 1960-an, hampir segala-galanya tentang hidup secara terbuka sebagai individu lesbian, gay atau biseksual (LGB) adalah haram,” menurut versi baharu laman web Perkhidmatan Taman Negara.

Laman web kerajaan lain juga diubah selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menandatangani perintah yang mengiktiraf hanya dua jantina – lelaki dan perempuan – pada hari pertamanya memegang semula jawatan.

Jabatan Hal Ehwal Awam Perkhidmatan Taman Negara berkata, tindakan itu diambil bagi mematuhi perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Trump, lapor New York Times.

Bagaimanapun, beberapa rujukan lain kepada golongan transgender masih kekal di laman web tersebut, termasuk dokumen penubuhan Monumen Nasional Stonewall.

Aktivis mengecam langkah itu pada Jumaat dan mengadakan protes di tapak berkenaan, merupakan monumen nasional pertama di AS, yang didedikasikan untuk sejarah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Bantahan terhadap perubahan di laman web diadakan berhampiran Monumen Stonewall pada Jumaat.

Penunjuk perasaan mengangkat poster dengan slogan seperti ‘Perkhidmatan Taman Negara tidak boleh mengeja sejarah tanpa huruf T.’

Sementara itu, Gabenor New York, Kathy Hochul turut mengecam perubahan tersebut sebagai kejam dan tidak bertanggungjawab.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya