KPKM pastikan bekalan makanan cukup elak kenaikan harga menjelang raya - Utusan Malaysia

KPKM pastikan bekalan makanan cukup elak kenaikan harga menjelang raya

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek tersebut akan menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang menelan belanja sekitar RM1 bilion.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa langkah awal dibuat dalam memastikan bekalan makanan utama mencukupi menjelang musim perayaan, sekali gus mengelak berlakunya kenaikan harga barangan dalam pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bermula bulan ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dianggar membeli 188.89 tan ayam dan 2,486,022 biji telur ayam secara belian terus melalui 42 pusat operasi di seluruh negara.

“Pada masa sama, FAMA membuka pasaran kepada pengeluar bagi memasarkan hasil pertanian terus kepada pengguna, meliputi penjualan sayur, buah dan hasilan ternakan.

“FAMA juga merangka program jualan pra-Syawal di premis Pasar Tani dan Jualan Agro Madani seluruh negeri,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai langkah awal yang diambil kementerian bagi memastikan bekalan makanan utama mencukupi menjelang Aidilfitri.

Mohamad berkata, KPKM sentiasa memastikan bekalan import mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna berikutan permintaan seperti cili, tomato dan halia adalah tinggi pada bulan sebelum dan bulan perayaan utama di Malaysia.

“Bagi memastikan bekalan makanan itu dapat diakses pengguna, FAMA akan memastikan bekalan turut dijual menerusi premis pemasaran FAMA dan program jualan terus yang dilaksanakan pada harga yang munasabah,” katanya.

Kata beliau, KPKM juga meneruskan dasar membenarkan kemasukan ternakan hidup untuk sembelihan dari negara yang diluluskan untuk import, iaitu Australia dan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN