BAGAN SERAI: Sebanyak RM813,081 diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di negeri ini yang terkesan akibat kemarau dan banjir. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, inisiatif itu sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan pesawah dan memastikan rantaian bekalan makanan negara terus stabil. “Kemarau yang melanda menjejaskan kawasan tanaman padi seluas 778.15 hektar di seluruh Perak, termasuk 470.93 hektar di daerah Kerian. “Selain itu, 0.70 hektar kawasan tanaman lain turut terjejas akibat banjir,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya