ARAU: Pasangan suami isteri dari Kampung Kubang Gajah di sini menjadi pencetus kepada tanaman pokok vanila pertama di negeri ini. Di peringkat permulaan, Zainuddin Zainul Abidin,38, dan Nurul Aimi Syazana Baba,32, dengan bimbingan pengusaha vanila, Jaafar Mohamad, 69, menanam 70 pokok itu di kawasan kediaman mereka dan dijangka mampu menuai hasil selepas tempoh tiga tahun. Nurul Aimi berkata, bagi mengusahakan tanaman vanila di peringkat permulaan, dia dan suami mengeluarkan modal…