GAZA: Tujuh rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam dua serangan Israel di Gaza semalam, meskipun wilayah itu ‘terikat’ dengan perjanjian gencatan senjata. Saksi berkata, sebuah dron Israel menyerang kenderaan di Jalan Al-Rashid, barat kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza. Sumber perubatan berkata, lima orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan dalam keadaan kritikal. Dua lagi rakyat Palestin cedera apabila sebuah dron menyerang sebuah jentolak di kawasan al-Faraheen, timur Khan Younis…










