JAKARTA: Indonesia dan Apple bersetuju untuk menarik balik larangan secara bersyarat terhadap iPhone 16, lapor Bloomberg. Perjanjian tersebut dijangka mengakhiri pertikaian selama lima bulan yang memaksa syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu meningkatkan pelaburannya di Indonesia kepada AS$1 bilion (RM4.4 bilion) Kementerian Perindustrian, yang bertanggungjawab menguatkuasakan larangan itu, dijangka menandatangani memorandum perjanjian dengan Apple seawal minggu ini, menurut sumber yang enggan didedahkan. Sumber itu juga mendakwa, satu sidang media akan…










