JASIN: Kebakaran sebuah rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini, awal pagi semalam mengorbankan lima beranak termasuk empat kanak-kanak berusia antara dua hingga 13 tahun. Tragedi menyayat hati yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi berkenaan turut mengorbankan ibu kanak-kanak malang itu berusia 35 tahun dan kediaman mereka yang dibina separa batu dan kayu turut musnah Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, polis menerima laporan berhubung…










