PARIT: Selepas kelengkapan persekolahan musnah dalam kebakaran di rumah datuknya Sabtu lalu, seorang murid tahun satu, Muhamad Ziyaan Mohamad Zaidi, 7, kembali ceria memulakan hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lambor Kanan dekat sini. Ibu kepada murid tersebut, Noor Athirah Che Man, 25, berkata, anaknya kembali ceria kerana dapat hadir ke sekolah hari ini dengan lengkap sekolah baharu yang dibeli kelmarin. Menurutnya, Muhamad Ziyaan pada awalnya bersedih selepas…