Cadangan PRESMA mahu ambil pekerja Rohingya diambil kira

Cadangan PRESMA mahu ambil pekerja Rohingya diambil kira – Steven Sim

STEVEN Sim Chee Keong berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KESUMA di Dewan Serbaguna Lembaga Pengelola SJK (C) Sing Ming Puchong.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mengambil kira cadangan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang mahu menggajikan pekerja dalam kalangan etnik Rohingya.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong bagaimanapun berkata, semua urusan pengambilan pekerja asing perlu berlandaskan undang-undang dan dasar sedia ada.

“Kita perlu lihat adakah dasar itu (pengambilan pekerja asing) di negara ini? Adakah majikan bersedia? Adakah masyarakat bersedia dengan pengambilan itu (pekerja Rohingya)?

“(PRESMA) boleh buat cadangan dan pihak kerajaan sudi mendengar semua pandangan mengikut kesesuaian,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran KESUMA dan HRD Corp di Dewan Serbaguna Lembaga Pengelola, SJK (C) Sing Ming, Puchong, di sini, hari ini.

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HRD Corp kepada 20 organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Inisiatif bermakna itu mencerminkan komitmen HRD Corp dalam menyokong komuniti yang memerlukan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui sumbangan yang bererti, memastikan semangat memberi dan kebersamaan terus menjadi tunjang dalam sambutan berkenaan.

Baru-baru ini, iklan kerja kosong bagi pengambilan pekerja tempatan yang dibuat ahli PRESMA menerusi Jabatan Tenaga Kerja di bawah KESUMA tidak mendapat sambutan memberangsangkan.

Berikutan masalah itu, Presiden PRESMA, Datuk Jawahir Ali Taib Khan berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan selain mengharapkan kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi keperluan operasi ahli masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya juga tiada masalah untuk menggajikan pekerja Rohingya yang berada di negara ini, jika golongan itu mempunyai dokumen yang teratur serta dibenarkan oleh kerajaan untuk diambil bekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya