Bomba Johor kenal pasti 14 lokasi kebakaran

Bomba Johor kenal pasti 14 lokasi kebakaran

SITI ROHANI Nadir (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pesara bomba, Nordin Seran pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu pejabat JBPM Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor memberi fokus terhadap 14 lokasi yang kerap berlaku kebakaran terbuka menjelang tempoh peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula Mac ini.

Walaupun peralihan MTL secara rasmi masih lagi beberapa minggu lagi, tanda-tanda awal kebakaran sudah mula dikesan sejak awal tahun ini.

Pengarah JBPM Negeri Johor, Siti Rohani Nadir, berkata pihaknya bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan kebakaran besar dengan mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi, anggota serta aset termasuk pasukan bomba yang bersedia 24 jam dengan kekuatan kira-kira 1,400 anggota dan pegawai di seluruh negeri.

Peralatan seperti pam mudah alih disediakan untuk membantu operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan kawasan sukar diakses.

“Pasukan Red Team juga siap digerakkan sekiranya kebakaran berskala besar, termasuk mendapatkan bantuan unit helikopter dari Putrajaya untuk mempercepatkan operasi pemadaman,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Johor di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor, di sini semalam.

“Red team, iaitu pasukan bantuan yang akan digerakkan jika berlakunya kebakaran pada skala lebih besar termasuk mendapatkan bantuan unit helikopter di Putrajaya untuk mempercepatkan operasi pemadaman,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Johor di Ibu pejabat JBPM Negeri Johor, di sini semalam.

Antara kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas yang kerap berlaku kebakaran terbuka adalah Kampung Ibrahim Majid di Kluang, Ladang Ibzi dan Ladang Sebana-Punggai di Kota Tinggi, serta Jalan Parit Makasar dan Sanglang di Pontian. Selain itu, sembilan lokasi di Muar turut dikesan kerap terlibat dalam kebakaran terbuka.

Menurut Siti Rohani, kebakaran di kawasan ini berlaku antara satu hingga empat kali sejak tahun 2020 hingga 2023, dengan tempoh operasi pemadaman yang mengambil masa antara sehari hingga 12 hari.

“Sejak awal tahun ini, JBPM Negeri Johor merekodkan lapan kes kebakaran tanah gambut, melibatkan kebakaran ladang dan kebun kecil, serta 335 kes kebakaran bukan gambut melibatkan kawasan belukar, rumput, ladang, kebun kecil, sampah-sarap dan industri,” katanya.

Mengenai tempoh bertindak (response time), Siti Rohani berkata, pihaknya mencatatkan peningkatan positif pada tahun lalu, dengan pencapaian tempoh bertindak di bawah 10 minit sebanyak 58.79 peratus berbanding 57.56 peratus pada 2023, namun pencapaian ini masih perlu dipertingkatkan memandangkan sasaran ditetapkan jabatan adalah 63 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN