Bekalan mercun untuk sambutan Aidilfitri dirampas

Bekalan mercun untuk sambutan Aidilfitri dirampas

MERCUN seludup yang dirampas selepas PGA menahan sebuah kereta di SJR Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am menahan dua lelaki dan merampas stok mercun seludup bernilai RM7,000 yang dipercayai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam di sini semalam.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah kereta kereta jenis Honda yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalan ke atas kereta itu telah menjumpai tiga guni dan dua buah kota mengandungi pelbagai jenis mercun seludup dari Thailand.

Katanya, rampasan mercun dianggarkan berjumlah RM7,000.

“Kedua-dua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia 24 tahun.

“Mereka direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN