PUTRAJAYA: Dasar baharu Kementerian Kesihatan yang mewajibkan tempoh pengesahan sebagai doktor pakar sehingga 18 bulan berbanding enam bulan sebelum ini disifatkan tidak adil dan satu eksploitasi terhadap golongan itu. Lanjutan tempoh itu terkandung dalam garis panduan yang dipinda menerusi Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan Perintah Am, Bab F. Namun, sepanjang tempoh peralihan itu, pakar diklasifikasikan sebagai pegawai perubatan dan dibayar gaji seperti biasa walaupun mereka menjalankan tugas bertaraf pakar.…










