SUNGAI PETANI: Seramai 53,188 murid tahun satu mula bersekolah di Kedah dan Terengganu, semalam. Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 600,000 murid dan pelajar yang memulakan sesi akademik 2025/2026. Di Kedah, seramai 29,934 orang murid tahun satu menjadi sebahagian daripada 349,966 murid dan pelajar yang memulakan sesi akademik 2025/2026 di negeri ini, semalam. Mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan di 548 buah sekolah rendah di seluruh negeri. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri…










