Pemenang Beli & Menang Kaw Kaw Ayam Brand bawa pulang Ativa baharu - Utusan Malaysia

Pemenang Beli & Menang Kaw Kaw Ayam Brand bawa pulang Ativa baharu

TEOH Wei Ling (kiri) menyerahkan replika kunci kereta kepada Ik Seang pada majlis penyampaian hadiah Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand di Bangunan Perodua Sentral, Petaling Jaya semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peraduan Beli & Menang Kaw Kaw anjuran Ayam Brand menyaksikan pe­menang hadiah utama mem­bawa pulang kereta Perodua Ativa baharu.

Ee Ik Seang, 64, dari Me­laka menyifatkan kemena­ngan ini sebagai mimpi menjadi kenya­taan dan mengakui tidak pernah menjangka akan meraih hadiah utama sewaktu menyer­tai peraduan ini.

Beliau berkata, dia selalu membeli dua kotak santan untuk kegunaan perniagaannya kerana kualiti santan Ayam Brand yang pekat dan asli sa­ngat membantu dalam menyediakan masakan yang sedap dan konsisten.

“Memiliki kereta baharu ini adalah ganjaran besar yang mengubah hidup saya. Saya bercadang untuk berkongsi kegembiraan ini dengan rakan-rakan rapat.

“Jenama ini tidak ha­nya mengeluarkan produk berkualiti tinggi tetapi juga menunjukkan penghargaan terhadap pengguna setia me­reka. Produk seperti sardin, santan, tuna, dan kacang panggang telah menjadi makanan ruji keluarga saya,” katanya selepas menerima ha­diah utama berkenaan di sini semalam.

Seorang lagi pemenang hadiah utama itu ialah Yong Pui Teng dari Sabah.

Ketua Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling sementara itu berkata, pihaknya dalam perancangan untuk memper­kenalkan peraduan baharu bertema ‘Rezeki Raya Dikongsi Bersama Ayam Brand’ yang akan bermula Februari akan datang.

“Kami telah merancang untuk memperkenalkan pe­raduan baharu yang akan bermula bulan hadapan. Jadi saya harapkan penyertaan dari semua pengguna Ayam Brand,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya