DHAKA: Perkhidmatan kereta api di Bangladesh terhenti hari ini apabila kakitangan melancarkan mogok tanpa had di seluruh negara bagi menuntut faedah untuk kerja lebih masa, menyebabkan ratusan ribu orang terjejas. Pertikaian berpanjangan mengenai bayaran elaun kerja lebih masa dan faedah pencen untuk pekerja kereta api menyebabkan kakitangan tidak hadir bertugas, menurut kesatuan sekerja, dengan memberikan pihak berkuasa tempoh sehingga Isnin untuk memenuhi tuntutan mereka. Mogok tersebut menjejaskan operasi kira-kira 400…











