PETALING JAYA: Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) membawa pulang hasil memberangsangkan dengan memperkukuhkan kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat utama dari negara Teluk terhadap Malaysia sebagai rakan strategik ekonomi. Pencapaian utama lawatan itu ialah pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dijangka meningkatkan jumlah perdagangan dua hala sekurang-kurangnya 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Selain itu, kejayaan ini membuka…