Zakat: LZS optimis kutip RM1.22b

Zakat: LZS optimis kutip RM1.22b

AHMAD Fadhil Hassan melancarkan Kempen Sama-Sama Kongsi dekat Ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13 di Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN /SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) opitimis kutipan zakat mampu melebihi sasaran berjumlah RM1.22 bilion yang ditetapkan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Fadhil Hassan berkata, rekod terbaharu kutipan seba­nyak RM844 juta sehingga bulan lalu dan dijangka meningkat pada bulan ini melibatkan 40 peratus pembayar zakat.

“Kutipan RM1.22 bilion mampu dicapai berikutan trend pembayaran zakat kebiasaannya bertambah pada Disember yang dianggap bulan puncak tahun ini.

“Kita menyasarkan kutipan RM400 juta lagi bagi memastikan jumlah itu turut melebihi RM1.12 bilion pada tahun lalu,” katanya selepas melancarkan Kempen Sama-Sama Kongsi, semalam.

Jelasnya, seramai 322,000 pengeluar zakat di Selangor sama ada individu dan syarikat korporat telah menunaikan kewajipan itu.

“Sepanjang tempoh 11 bulan pertama ini, LZS turut mengagihkan zakat berjumlah RM1 bi­lion. Justeru, kerjasama semua pembayar zakat amat diperlukan bagi memastikan pengagihan itu turut mencapai sasaran RM1.2 bi­lion,” ujarnya.

Tambah beliau, rekod pihak­nya turut mendapati jumlah asnaf mencatatkan peningkatan kira-kira 13,000 orang sekali gus melebihi 73,000 individu ketika ini.

Sementara itu, Ahmad Fadhil berkata, pembayar zakat seba­nyak RM500 di Selangor layak menerima sumbangan khairat kematian RM1,500 berkuat kuasa mulai Januari tahun depan.

“Skim dilaksanakan sejak Oktober lalu itu melayakkan pengeluar zakat menerima sumbangan berkenaan jika berlaku sebarang kematian selepas tempoh tiga bulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×