BATU PAHAT: Hasrat sebuah keluarga bersarapan telur rebus terbantut apabila rumah sewa mereka dan enam keluarga lain musnah dalam kebakaran di Kampung Parit Semarang, di sini semalam. Mangsa, Nur Haliza Hisham, 24, berkata kejadian pukul 8.15 pagi itu berlaku apabila api secara tiba-tiba muncul daripada getah saluran gas di dapur rumahnya dan gagal dipadamkan akibat panik. Usaha adik lelakinya untuk memadamkan api berkenaan juga gagal dan akibatnya 33 mangsa daripada…