Tidak adil libatkan nama saya – Jeffrey

Tidak adil libatkan nama saya – Jeffrey

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Tidak adil kaitkan dan libatkan nama saya dalam permainan politik untuk menimbulkan kekeliruan serta spekulasi.”

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan mengenai kenyataan yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam permainan politik yang dimainkan berhubung klip video mendedahkan skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah itu.

Beliau berkata, tidak wajar untuk mana-mana pihak melakukan desakan demi desakan untuk menuntut Ketua Menteri meletak jawatan hanya berdasarkan klip video yang tidak menggambarkan situasi sebenar.

“Ini belum ada pendakwaan, belum ada kes mahkamah jadi, mereka tidak boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan ada pemimpin telah didakwa di mahkamah pun masih lagi memegang jawatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Selepas pendedahan klip video skandal rasuah ADUN tersebar, ada pemimpin politik mencadangkan Jeffrey dilantik sebagai Ketua Menteri interim bagi menggantikan Datuk Seri Hajiji Noor yang dilihat gagal mengurus tadbir sumber mineral di Sabah dengan baik.

Menurut Jeffrey, beliau tidak mahu terlibat dengan apa juga permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang dan selaku Timbalan Pengerusi GRS, akan kekal menyokong Ketua Menteri serta berpendirian untuk bersama-sama GRS.

Jeffrey berkata, kenyataan dikeluarkan beliau diharap akan menamatkan sebarang spekulasi mengaitkan namanya dalam situasi yang sedang berlaku.

Kata Jeffrey, sekiranya beliau tidak tampil membuat kenyataan lebih awal bagi menjernihkan keadaan, ia mungkin akan menjejaskan keharmonian da­lam GRS.

“Setakat yang kita tahu tiada apa-apa di situ untuk disiasat. Kita sudah berhati-hati dari dulu sampai sekarang, berlandaskan slogan integriti untuk memerangi rasuah, kita berpegang kepada itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN