Tabung Haji salur bantuan untuk 50,000 mangsa banjir - Utusan Malaysia

Tabung Haji salur bantuan untuk 50,000 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan syarikat kumpulan menyalurkan pelbagai bantuan bencana kepada lebih 50,000 mangsa yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman berkata, program tersebut diberikan untuk mengurangkan bebanan mangsa yang terkesan ekoran bencana berkenaan.

Katanya, bantuan itu yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tabung Haji dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM500,000 dan 10,000 kotak makanan.

“semua kotak makanan ini akan diagihkan secara berperingkat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.

“Kami juga sudah mengenal pasti beberapa anggota Tabung Haji yang turut terkesan dengan musibah banjir ini dan mereka akan menerima bantuan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Syed Hamadah berkata, syarikat kumpulan Tabung Haji turut menganjurkan program lain bagi membantu mangsa yang terjejas.

“Sebagai contoh, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menganjurkan Program Prihatin Banjir dengan menawarkan penangguhan ansuran pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan selama enam bulan.

“Selain itu kemudahan bantuan bencana khusus untuk perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang menyediakan pembiayaan modal kerja serta membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan yang rosak,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN