Remaja maut kereta bertembung lori

Remaja maut kereta bertembung lori

KERETA jenis Perodua Kelisa yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun remuk selepas bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kampung Padang Tengah, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN PEMBACA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kampung Padang Tengah, Ketereh di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari ini mangsa meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dari dari Ketereh menghala ke Kampung Chekok Serendah di sini.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kereta dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori jenis Hino.

“Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia lewat 30-an. Semasa kejadian, lori tersebut dari arah Kampung Chekok Serendah menghala ke Ketereh.

“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pakar USM (HPUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya