Polis tahan remaja disyaki buang bayi di kompleks beli-belah - Utusan Malaysia

Polis tahan remaja disyaki buang bayi di kompleks beli-belah

BALVEER SINGH MAHINDAR SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bayi lelaki ditemukan bersama uri dan berlumuran darah di dalam tandas kompleks membeli belah, di bandar raya ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, bayi lelaki itu disedari oleh seorang pekerja pembersihan pada pukul 4.51 petang.

“Polis menerima laporan yang dibuat orang awam pada pukul 5.54 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

“Susulan laporan tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara menahan seorang remaja berumur 19 tahun di Tampoi, pada pukul 8.40 malam,” katanya kepada media hari ini.

Balveer Singh berkata, hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis kini giat mengesan seorang lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan.

Beliau memberitahu, bayi lelaki tersebut kini stabil dan menerima pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN