ODA Malaysia sasar 5,000 pemandu p-hailing pada 2028

ODA Malaysia sasar 5,000 pemandu p-hailing pada 2028

INDERA Aria Wee Jeeny (kanan) bersama kakitangannya menunjukkan aplikasi ODA Malaysia ketika ditemui di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, semalam. – UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: ODA Malaysia me­nyasarkan 5,000 pemandu p-hailing bagi menyediakan khidmat penghantaran produk keluaran usahawan tempatan secara terus kepada pelanggan dengan lebih cepat, mudah dan murah menjelang 2028.

Pengasasnya, Indera Aria Wee Jeeny berkata, pada masa sama pihaknya menyasarkan 40,000 pembekal perkhidmatan (vendor) untuk berdaftar dengan jenama tempatan itu bagi tempoh sama.

Katanya, ODA Malaysia memulakan operasi secara rasmi pada Januari depan di seluruh Kelantan, Sarawak (Bintulu, Sibu, Kuching), Selangor (Shah Alam, Bangji, Kajang) serta bandar-bandar utama di negara ini.

“Kemudian kita akan mema­suki fasa kedua iaitu memperluas operasi ke kawasan luar bandar sebelum meneruskan peranca­ngan jangka panjang untuk membuka operasi di Thailand dan Indonesia,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Indera Aria berkata, ODA Malaysia akan memberi kelengkapan beg dan baju percuma kepada 100 pemandu p-hailing yang berdaftar dengan syarikat itu, manakala untuk seterusnya dikenakan bayaran RM190.

Katanya, ODA Malaysia turut memperkenal sistem perkongsian hasil yang membolehkan syarikat berkongsi satu peratus perolehan hasil dengan pemandu p-hailing.

“Ia merupakan kali pertama sistem sebegini diperkenal dalam sektor melibatkan pekerja gig. ODA Malaysia juga akan me­laksanakan pelbagai program penghargaan dan pengiktirafan kepada pemandu-pemandu p-hailing termasuk mengadakan konvensyen peringkat negeri, nasional dan Asia Tenggara sesuai dengan hasrat kami menembusi pasaran di Thailand serta Indonesia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN