SEOUL: Ribuan rakyat Korea Selatan bertindak membatalkan tiket penerbangan mereka selepas insiden nahas udara yang mengorbankan 179 nyawa, lapor media tempatan hari ini. Menurut Yonhap News Agency, Jeju Air Co. memaklumkan terdapat lebih 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan, melibatkan lebih 33,000 tempahan bagi penerbangan domestik dan 34,000 lagi untuk laluan antarabangsa. Tindakan tersebut berlaku selepas penerbangan 7C2216 milik syarikat tersebut, yang membawa 181 penumpang, terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di…