KINSHASA: Seorang lelaki di barat Congo meninggal dunia selepas mengalami simptom demam berdarah, menimbulkan kemungkinan virus belum dikenal pasti mungkin terlibat dalam wabak yang meragut puluhan nyawa. Sebelum ini, pihak berkuasa mengesyaki malaria sebagai punca wabak yang sudah meragut sekurang-kurangnya 37 nyawa. Namun, kematian lelaki terbabit, dipercayai tiada kaitan dengan malaria biasa, memberi petunjuk kemungkinan terdapat virus lain terlibat. Pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, Ngashi Ngongo berkata, mangsa…










