PONTIAN: Ketenangan Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP), dekat sini bertukar riuh-rendah dengan suara kira-kira 150 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kukup dan penduduk setempat dalam Explore Mangrove Tanjung Piai bagi menyelesaikan tugasan diberikan. Program itu antara aktiviti dianjurkan bagi memeriahkan Festival D’Kukup 2.0 (FDK 2.0) yang berlangsung selama tiga hari hingga esok. Penyelia TNJTP, Mohammad Hanif Aminuddin, berkata, peserta didedahkan kepada pelbagai spesies siput terdapat…









